Pelancongan Ekstrem di Malaysia




Jumaat, 11 Jun 2010- 12.30 tengah hari

Pada zaman moden ini, ramai antara rakyat Malaysia yang gemar melakukan aktiviti mencabar. Disamping untuk kesihatan, ia juga dapat mengukur sejauh mana kemampuan dan keberanian melakukan apa yang sebelum ini tidak pernah difikirkan. Minggu cuti sekolah ini, explorasi sana sini ingin mengajak anda untuk menyertai aktiviti lasak yang menarik untuk anda cuba.

Paragliding antara aktiviti lasak yang semakin popular di negara kita. Terbang laksana helang di angkasa. Itu antara yang boleh digambarkan tentang aktiviti ini, di mana para peserta menggunakan paraglider, yang merupakan sejenis peralatan khas berbentuk payung terjun aerodinamik untuk terbang bebas di angkasa. Aktiviti ini bergantung kepada angin dan apungan udara panas untuk membolehkan paraglider meluncur dengan lancar. Di samping itu, aspek lain yang perlu diberi perhatian sebelum penerbangan ialah arah dan kelajuan angin, cuaca dan bentuk muka bumi. Untuk aktiviti lasak ini memerlukan lokasi tanah tinggi yang sesuai untuk berlepas serta kawasan sebesar padang bola untuk mendarat dengan selamat.

Antara lokasi untuk anda cuba aktiviti ini adalah( Bukit Jugra, Banting, Selangor,)( Gunung Ledang,Johor), ( Semenyih, Selangor), (Gunung Raya, Langkawi, Kedah), ( Balik Pulau di Pulau Pinang) dan ( Gunung Kinabalu, Sabah).

Satu lagi aktiviti lasak yang hampir sama dengan paragliding cuma berbeza dari segi peralatan yang digunakan iaitu Paramotor. Bagi sesetengah orang yang merasa gayat pada kali pertama di udara, akhirnya akan terbiasa dengan sukan ini. Mana tidaknya tergantung di bawah paramotor melihat ke bawah yang melambai-lambai. Anda akan berasa seronok bila anda sudah berada di udara sambil menyaksikan pemandangan yang sungguh cantik dari atas.

Sukan luncur bermotor merupakan sukan udara yang paling rendah risiko jika dibandingkan dengan sukan udara yang lain. Bagi anda yang berminat, sukan ini ytiada had umur, hanya kesanggupan individu sahaja tanpa mengira jantina. Sekiranya anda menyertai aktiviti paramotor, pemakaian topi keledar keselamatan paling utama. Di samping untuk keselamatan, topi ini juga dapat mengelakkan anda mendengar bunyi enjin yang kuat. Memakai flight suit pula diharuskan untuk mengelakkan barang-barang anda terjatuh atau disedut oleh kipas ketika terbang. Lokasi yang ada menjalankan aktiviti paramotor ini di Bukit Jugra, Selangor dan Cyberjaya.

Read Users' Comments (0)