Tips Melancong


Jumaat, 20 Ogos 2010- 12.30 tengah hari

Untuk hari ini, Explorasi Sana Sini ingin berkongsi maklumat bersama anda tentang tips melancong. Antaranya:

a) Rancang percutian anda dengan lebih awal.

b)Pastikan peruntukan kewangan anda mencukupi untuk percutian yang terpilih.

c) Membuat kajian terlebih dahulu mengenai destinasi pelancongan yang hendak dituju melalui internet.

d)Pilih agensi pelancongan yang boleh dipercayai.

e) Pastikan dokumen-dokumen penting termask tiket kapalterbang, passport dan cek kembara di bawa bersama sebelum memulakan percutian.

f) sentiasa berhati-hati dan jangan memakai barang kemas yang banyak ketika melancong.

g) jangan membawa terlalu banyak barang atau pakaian ketika melancong dan pastikan pakaian yang dibawa bersesuaian dengan destinasi yang hendak dituju.

h)Minta tips atau cadangan dari staf hotel mengenai tempat-tempat yang menarik dan selamat.

Read Users' Comments (0)

Air terjun Lata Iskandar, Perak


Jumaat, 12.30 tengah hari - 13 Ogos 2010

Minggu ini, Explorasi Sana Sini nak bawa anda untuk merasai kehijauan tumbuhan dan kesejukan air terjun di sebuah kawasan yang cukup indah. Jika anda berhajat untuk berkunjung ke tempat pelancongan terkemuka, Cameron Highlands, jangan lupa untuk singgah di air terjun Lata Iskandar. Airnya yang menderu jatuh dari tingkat atas dapat di rasai dari sudut jalan raya lagi. Untuk sampai ke air terjunnya, tidak perlu memanjat tinggi atau berjalan jauh kerana air terjun tersebut benar-benar berada di tepi jalan.

Terletak 15 km dari Pekan Tapah melalui Jalan raya Tapah ke Cameron Highlands, 85 km dari bandaraya Ipoh. Pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi Pekan Tapah. Antara aktiviti yang boleh di adakan di sini ialah bersiar-siar, berenang dan jungle trekking.


Sekeliling kawasan tersebut penuh dengan tumbuhan hijau melata, pokok-pokok hutan menambahkan lagi kesejukan yang menyengat. Sekiranya anda lapar, ada beberapa gerai yang terdapat di situ. Bagi anda yang ingin datang ke sini bersama keluarga, apa kata bawa bekalan untuk berkelah, makan di sudut tepi air terjun sambil dihembus dengan percikan debu jernih airnya pasti tidak akan luput dari ingatan setiap orang.

Siapa sangka di tempat reakreasi Air terjun Lata Iskandar terdapat juga sebuah kedai seni yang cukup istimewa. Setiap ukiran yang dipertontonkan membuahkan makna tersendiri. Warna dan coraknya masih mengekalkan keaslian yang artistik dan tidak kurang menariknya apabila Labu yang diukir boleh dijadikan untuk pelbagai fungsi. Lokasi kedai ini adalah kawasan deretan kedai-kedai menjual pelbagai barangan hiasan . Jadi jangan ketinggalan untuk memiliki sendiri labu-labu klasik ini dengan harga yang murah. Anda pasti berpuas hati.




Read Users' Comments (0)