Pulau Sibu


Jumaat, 25 Februari 2010 -12.30 tengah hari

Minggu ini, explorasi sana sini akan menjelajah ke sebuah pulau yang jarang -jarang kita dengar iaitu Pulau Sibu. Pulau Sibu terletak sepanjang 6km yang merupakan salah satu dari gugusan pulau yang indah di laut China Selatan dipersisiran laut Johor. Antara pulau yang berdekatan adalah Pulau Sibu Besar, Pulau Sibu Tengah, Pulau Sibu Kurus dan Pulau Sibu Hujung.

Untuk datang ke sini anda boleh menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari stesen KL Sentrel ke Kluang, kemudian anda boleh mengambil bas ke jeti Tanjung Leman. Sekiranya anda berkereta boleh gunakan lebuhraya Utara Selatan dan memasuki Plaza Tol Air Hitam untuk ke Kluang.

Pulau Sibu mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau -pulau tersebut. Apabila anda melihat lautan yang membiru dengan suasana menikam kalbu pasti ia betul -betul menggamit perasaan rasa ingin tinggal lebih lama disini. Salah satu keunikan yang tiada tandingan di pulau ini ialah keindahan khazanah alamnya seperti tumbuhan melilau dan berbatang nyiur serta aneka spesis rimba.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan disini ialah memancing, mencandat sotong (minimum 10 orang), melakukan banana boat dan snorkeling, memanah ala Robin Hood, island hoping, merentas hutan seluas 45 hektar dan banyak lagi.

Dari segi penginapan, tidak menjadi masalah kerana banyak resort yang ada di Pulau Sibu. Apa yang menariknya tentang resort di sini ialah satu-satunya "one island one resort" yang jauh dari riuh rendah kota dan ini merupakan satu -satunya kawasan yang tidak berpenghuni terletak di Sibu tengah. Tentu lokasi seperti ini cukup istimewa dan sangat sesuai untuk pasangan berbulan madu dan mereka yang mencari ketenangan.

Jika anda ingin menikmati percutian yang agak eksklusif dan mendamaikan, Pulau Sibu Tengah mungkin destinasi yang paling sesuai dikunjungi.

Read Users' Comments (0)

Taman Warisan Putrajaya


Jumaat, 19 Februari 2010 -12.30 tengah hari

Minggu ini explorasi sana sini masih lagi menerokai tempat-tempat menarik di sekitar Putrajaya. Destinasi hari ini kita meninjau ke Taman Warisan. Taman Warisan pertanian yang terletak di Precinct 16, Putrajaya. Taman ini memberi tumpuan kepada produk yang boleh dikomersialkan.

Untuk datang ke Taman Warisan ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi ERL, kereta, teksi atau bas.

Sekiranya anda berada di sini, anda boleh melihat tanaman yang menarik termasuklah pokok getah, kelapa sawit, koko, kopi dan buah -buahan lain serta tanaman herba. Tanaman ini juga menawarkan pelbagai jenis produk agro untuk dijual, selain mengadakan pameran dan aktiviti agro untuk pengunjung yang datang ke Taman Warisan sepanjang tahun. Keindahan taman ini juga dapat memberi ilham kepada mereka yang sukakan landskap dan pertanian. Malah kehijauan tanaman ini juga dapat memberi ketenangan kepada pengunjung.



Read Users' Comments (0)

Taman Botani Putrajaya


Jumaat, 12 Februari 2010- 12.30 tengah hari


Minggu ini kita akan berkunjung ke Wilayah Persekutuan Putrajaya, terdapat banyak tempat menarik yang terdapat di sini, sesuai dikunjungi oleh keluarga, pencinta alam sekitar dan juga pelancong dari luar negara. Lokasi yang menarik ialah di Taman Botani.


Taman Botani yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 92 hektar. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu taman bunga, taman dan pusat kajian. Tahukah anda bahawa di taman ini terdapat lebih dari 700 spesis tanaman berbunga, selain tumbuhan tempatan dan tanaman dari rantau Asia-Pasifik dan Afrika.


Kedudukan kawasan ini terletak 25km dari Kuala Lumpur dan 20km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Untuk ke sana anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi ERL, kereta, teksi atau bas.


Kawasan di Taman Botani ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan, selain mempunyai koleksi yang pelbagai. Kanak-kanak adalah golongan yang paling menyukai koleksi tanaman eksotik yang terdapat disini. Malah para pendidik juga dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan di pusat kajian disini.


Selain dari pusat kajian, anda juga boleh berkunjung ke Pusat Pengunjung Maklumat (VIC), trek, taman-taman berbunga dan banyak lagi bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keunikan Taman Botani ini.


Setelah penat menjelajah sekitar Taman Botani, jangan lupa untuk singgah ke kedai cenderamata yang terdapat disitu. Banyak barangan yang menarik dijual di situ untuk dijadikan kenangan yang anda pernah berkunjung ke Taman Botani Putrajaya.

Read Users' Comments (0)