Taman Botani Putrajaya
Jumaat, 12 Februari 2010- 12.30 tengah hari
Taman Botani yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 92 hektar. Taman ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu taman bunga, taman dan pusat kajian. Tahukah anda bahawa di taman ini terdapat lebih dari 700 spesis tanaman berbunga, selain tumbuhan tempatan dan tanaman dari rantau Asia-Pasifik dan Afrika.
Kedudukan kawasan ini terletak 25km dari Kuala Lumpur dan 20km ke utara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Untuk ke sana anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi ERL, kereta, teksi atau bas.
Kawasan di Taman Botani ini juga berfungsi sebagai pusat penyelidikan, selain mempunyai koleksi yang pelbagai. Kanak-kanak adalah golongan yang paling menyukai koleksi tanaman eksotik yang terdapat disini. Malah para pendidik juga dapat melihat pelbagai jenis tumbuhan di pusat kajian disini.
Selain dari pusat kajian, anda juga boleh berkunjung ke Pusat Pengunjung Maklumat (VIC), trek, taman-taman berbunga dan banyak lagi bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai keunikan Taman Botani ini.
Setelah penat menjelajah sekitar Taman Botani, jangan lupa untuk singgah ke kedai cenderamata yang terdapat disitu. Banyak barangan yang menarik dijual di situ untuk dijadikan kenangan yang anda pernah berkunjung ke Taman Botani Putrajaya.
0 Response to "Taman Botani Putrajaya"
Post a Comment