Labuan
Jumaat, 05 Februari 2010- 12.30 tengah hari
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pantai labuan mempunyai keluasan 98km dan Pulau Labuan terletak 10 km dari Pantai sabah.Untuk ke sana mengambil masa dua jam setengah dengan menaiki kapal terbang, penerbangan dari Kuala Lumpur dan lima minit perjalanan dari bot ke Pulau Papan.
Tahukah anda, Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai pada tahun 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Di Labuan ini juga terdapat pelabuhan yang dalam dan besar. Para pelancong yang berkunjung ke sini sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli belah barangan bebas cukai, menyelam mencari khazanah kapal ranap, bermain golf dan melawat Tugu Peringatan Perang Dunia II.
Tarikan lain yang terdapat di Labuan termasuklah Taman Burung Labuan dan dua buah kampung air. Beberapa tapak menyelam di sekitar Taman Marin Labuan serta empat kapal karam menyediakan aktiviti menyelam dan mencari khazanah dalam laut. Aktiviti yang sungguh menyeronokkan kepada pelancong yang datang ke sini.
Status Labuah sebagai pelabuhan bebas cukai dengan pelbagai hotel antarabangsa dan kemudahan telekomunikasi yang canggih menjadikannya lokasi unggul bagi mesyuarat, persidangan dan acara berupa program insentif.
0 Response to "Labuan"
Post a Comment