Pulau Kapas
Jumaat, 29 Januari 2010 -12.30 tengah hari
Destinasi kunjungan pada minggu ini masih lagi di pulau-pulau popular yang terdapat di Malaysia. kali ini kita ke Pulau Kapas di Negeri Terengganu.
Pulau kapas merupakan pulau yang cantik dengan pantainya yang bersih putih dan mengagumkan. kalau diikutkan sejarah, Pulau Kapas berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh menghasilkan kain ataupun kapas berwarna putih.
Pulau ini juga terletak berdekatan dengan Pulau Gemia.
Pulau kapas ini biasanya dikunjungi oleh backpackers,penyelam laut dalam dan juga pasangan berbulan madu. Pulau ini juga turut menjadi pilihan pencinta scuba kerana keindahan dalam laut dengan spesis ikan,terumbu karang dan banyak lagi. Di pulau ini juga pernah terjadinya kejadian kapal-kapal karam. Lebih tepat pulau ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan keindahan pantai dan sukakan keindahan laut dalam.
Selain itu, aktiviti berjalan-jalan ditepian pantai dengan pasir yang putih dan air jernih bak kristal ataupun melakukan beberapa aktiviti pantai seperti berkayak, snorkeling dan sebagainya.
Perjalanan sejauh 5 kilometer dari daratan ke Pulau ini mengambil masa antara 15 minit hingga 20 minit menggunakan bot laju dari perkampungan nelayan yang terletak di Marang, Terengganu.
Tentang penginapan jangan risau,terdapat banyak pilihan sama ada chalet-chalet dan resort disekitar Pulau Kapas. Rugi rasanya ke Terengganu tetapi tidak berkunjung ke Pulau Kapas.
0 Response to "Pulau Kapas"