Pulau Langkawi


Jumaat, 15 Januari 2010- 12.30 tengah hari

Destinasi untuk minggu ini, kita ke negeri Kedah. Berkunjung ke lokasi yang menjadi tumpuan ramai pengembara tempatan dan juga luar negara iaitu Pulau Langkawi.

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
Langkawi juga mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar. Malaysia airlines, syarikat penerbangan nasional , mengendalikan penerbangan terus setiap hari ke Langkawi dari Kuala Lumpur. Selain itu, syarikat penerbangan murah AirAsia, Firefly(dari Kuala Lumpur) dan Silk Air (dari Singapura)turut mempunyai penerbangan ke Langkawi.

Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada di sini, dari pusat peranginan bertaraf dunia hinggalah ke chalet yang mampu dihuni dan kemudahan kos rendah bagi pelancong.

Kebanyakkan pelancong ke sini untuk mengalami dan melihat pantainya yang indah lagi mempesona, pusat peranginannya yang hebat dan aktiviti berasaskan alam semulajadi yang menyegarkan. Pantainya yang terbaik termasuk Pantai Cenang, Teluk Burau, Pantai Kok dan Pantai Datai.

Lokasi lain yang menjadi kunjungan orang ramai iaitu di kedai bebas cukai yang menawarkan pelbagai barangan yang menarik. Rangkaian kedai di pekan kuah dan lapangan terbang antarabangsa Langkawi menawarkan pengalaman membeli belah yang terbaik.

Sebagai alternatif, terokailah hutan hijau tropika atau sertai cabaran melalui kanopi hutan tropika yang begitu mengujakan. satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan seumur hidup. Para pelancong boleh berjalan kaki ke Telaga tujuh dan berenang di dalam kolam.

Sekiranya berkunjung ke Langkawi jangan lupa naik kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang setinggi 700m untuk menikmati panorama hebat kepulauan ini termasuklah pemandangan negara jiran Thailand.

Read Users' Comments (1)comments

1 Response to "Pulau Langkawi"

  1. Unknown, on December 14, 2014 at 8:13 AM said:

    Langkawi megah dgn Mahsuri dan gamat.Mana dia bro...masuk kan le.baru Langkawi sebenar gah.

Post a Comment