Sungai Tekala, Selangor


Jumaat, 01 Oktober 2010- 12.30 tengah hari

Explorasi sana sini untuk minggu ini, akan membawa anda ke Sungai Tekala. Hutan Lipur Sungai Tekala yang terletak dalam kawasan Hulu Selangor menjanjikan keseronokkan buat anda yang mahu menghabiskan masa menghayati keindahan alam semulajadi sambil berendam dalam air terjun yang dingin.

Hutan Lipur Sungai Tekala memiliki keluasan 242 hektar dan ia terletak di dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, Semenyih. Selain menjadi lokasi tumpuan untuk perkelahan, kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan, kem motivasi dan melakukan kajian mengenai tumbuhan hutan. hutan Lipur Sungai Tekala memiliki kemudahan lengkap yang mungkin menjadi faktor kedatangan ramai pengunjung ke sini. Antaranya wakaf berehat, surau untuk menunaikan solat, gerai-gerai makanan, kawasan perkhemahan, bekalan elektrik, telefon awam, perhentian bas serta pusat penerangan.

Laluan untuk merentas hutan kira-kira 2.6 kilometer dan bilik persalinan juga turut disediakan disini. Apa yang menarik ialah di setiap tingkat pejalan kaki, anda akan jumpa kawasan air terjun untuk mandi- manda. Pastikan anda ke sini untuk merasai airnya yang cukup sejuk sekaligus memberikan kesegaran kepada anda.

Bagi mereka yang datang dari Kajang, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas awam ke sini. Sementara anda yang datang dari arah Kuala Lumpur, anda boleh memandu ke Ampang dan belok kanan sebelum terus ke Bukit Belacan.

Read Users' Comments (0)

Kompleks Muzium Negeri Terengganu


Jumaat, 24 September 2010 -12.30 tengah hari

Explorasi sana sini kembali lagi diruang udara Radio Malaysia KLfm setelah beberapa minggu tidak keudara sebab hari raya . Baiklah untuk hari ini, satu lagi destinasi yang menarik akan dikongsikan bersama dengan anda. Lokasi ini sesuai untuk dilawati memandangkan kita masih lagi dalam bulan kemerdekaan, kita mengembalikan sejarah peninggalan negara kita.

Tersergam indah dengan kehebatan pada ukiran dan binaan bangunan Kompleks Muzium Negeri Terengganu, jelas menceritakan kekayaan sejarah seni dan budaya Negeri Terengganu Darul Iman. Cuma 10 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Terengganu, muzium yang terbesar di malaysia dan berkeluasan 27 hektar ini menjadi destinasi pertama yang akan dikunjungi oleh pelancong jika datang ke negeri ini.

Muzium ini dirasmikan pembukaannya pada 20 April 1996 oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafibillah Sultan Terengganu, Kompleks muzium ini terdiri daripada empat blok bangunan dan juga taman-taman herba dan botani. Secara keseluruhannya terdapat 10 galeri yang boleh dilawati antaranya Galeri Diraja, Galeri Islam, Galeri Tekstil, galeri Kraf dan sebagainya.

Masuk saja di pintu Utama, anda akan melihat satu bongkah batu yang dikenali sebagai Batu Bersurat yang pernah kita pelajari dalam subjek Sejarah semasa belajar dahulu. Batu asal yang menjadi rujukan ahli sejarah tentang kedatagan Islam ke Negara kita. Selain itu, turut dipamerkan hasil kemahiran penduduk Terengganu seperti keris, sundang, badik dan bermacam jenis senjata yang cantik hasil kraftangan buatan.

Hasil ketekunan wanita negeri terengganu ini juga turut dipamerkan iaitu kain tenunan dengan corak yang mempersonakan serta tahan begitu lama. Apatah lagi digayakan pula dengan aksesori perhiasan yang diperbuat daripada tembaga, perak dan juga emas.

Kunjungan ke Galeri Kraf pastinya tidak menghampakan pengunjung kerana hasil kraf yang dipamerkan cukup hebat dari segi rekaan dan kekukuhannya. Apabila anda melihat hasil kraf tersebut anda akan berasa kagum dengan kesenian yang terdapat dalam barangan tersebut.

Di bahagian luar pula, di sebalik rendang pepohon anda boleh melawat Istana Tebgku Long, rumah Limas dan sebagainya. Tidak jauh dari lokasi ini tersergam indah galeri Taman laut/perikanan dan juga Galeri pelayaran dan Perdagangan. lebih banyak maklumat yang boleh anda dapati di kompleks Muzium Negeri Terengganu. bak kata pepatah " Jauh berjalan, luas pemandangan"

Read Users' Comments (0)