Sungai Tekala, Selangor


Jumaat, 01 Oktober 2010- 12.30 tengah hari

Explorasi sana sini untuk minggu ini, akan membawa anda ke Sungai Tekala. Hutan Lipur Sungai Tekala yang terletak dalam kawasan Hulu Selangor menjanjikan keseronokkan buat anda yang mahu menghabiskan masa menghayati keindahan alam semulajadi sambil berendam dalam air terjun yang dingin.

Hutan Lipur Sungai Tekala memiliki keluasan 242 hektar dan ia terletak di dalam Hutan Simpan Sungai Lalang, Semenyih. Selain menjadi lokasi tumpuan untuk perkelahan, kawasan hutan lipur ini juga sesuai untuk aktiviti perkhemahan, kem motivasi dan melakukan kajian mengenai tumbuhan hutan. hutan Lipur Sungai Tekala memiliki kemudahan lengkap yang mungkin menjadi faktor kedatangan ramai pengunjung ke sini. Antaranya wakaf berehat, surau untuk menunaikan solat, gerai-gerai makanan, kawasan perkhemahan, bekalan elektrik, telefon awam, perhentian bas serta pusat penerangan.

Laluan untuk merentas hutan kira-kira 2.6 kilometer dan bilik persalinan juga turut disediakan disini. Apa yang menarik ialah di setiap tingkat pejalan kaki, anda akan jumpa kawasan air terjun untuk mandi- manda. Pastikan anda ke sini untuk merasai airnya yang cukup sejuk sekaligus memberikan kesegaran kepada anda.

Bagi mereka yang datang dari Kajang, anda boleh menggunakan perkhidmatan bas awam ke sini. Sementara anda yang datang dari arah Kuala Lumpur, anda boleh memandu ke Ampang dan belok kanan sebelum terus ke Bukit Belacan.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Sungai Tekala, Selangor"

Post a Comment