Cara Mudah Untuk Berjimat Ketika Bercuti


Jumaat, 10 Jun 2011 -12.30 tengah hari

Cuti persekolahan sudahpun tiba, sudah pasti anda seronok dengan percutian ke destinasi menarik di dalam dan luar negara sepanjang cuti sekolah ini. Namun, masih ada lagi dikalangan rakan-rakan anda yang belum berkesempatan untuk bercuti dan berhajat untuk melaksanakan percutian minggu ini atau minggu-minggu seterusnya. Tidak kira sama ada dalam atau luar negara, apa yang penting adalah percutian tersebut tidak memerlukan perbelanjaan yang besar. Explorasi Sana Sini hari ini ingin berkongsi beberapa tips yang mudah untuk anda berjimat ketika hendak bercuti.

Antaranya :

  • Buat tempahan lebih awal dan jangan pandang remeh dengan membuat tempahan saat akhir untuk menggelakkan berlaku kesesakan dan sukar mendapat tiket penerbangan atau penginapan. Kos perbelanjaan disaat akhir mungkin tinggi.

  • Walaupun berulang kali lokasi yang dikunjungi itu sudah menjadi rumah ke dua anda, jangan sesekali tidak membuat tinjauan dan merancang aktiviti, sensitiviti serta cara hidup di tempat tersebut kerana setiap tempat berbeza-beza cara hidup .

  • Dapatkan maklumat mencukupi mengenai tempat atau negara yang anda ingin lawati supaya lebih senang dan selesa. Anda juga perlu tahu selok belok kawasan untuk mengelakkan ditipu.

  • janganlah kerap melawat negara yang mempunyai kos taraf hidup yang tinggi untuk mengelakkan pembaziran. Bagi anda yang gemarkan aktiviti cabaran, anda boleh berjimat dengan berkhemah sahaja.

  • Bercuti secara berkumpulan banyak keistimewaan, terutama keselamatan. Sekurang-kurangnya kita rasa selamat berada di tempat orang bersama rakan atau ahli keluarga yang lain dan saling membantu jika menghadapi masalah. Malah bercuti secara berkumpulan juga lebih jimat dari segi kos pengangkutan, penginapan dan makan minum.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Cara Mudah Untuk Berjimat Ketika Bercuti"

Post a Comment