Tips Berbelanja Menjelang Musim Raya


Jumaat, 18 Ogos 2011 -12.30 tengah hari

Kita masih lagi dalam bulan Ramadan Al Mubarak dan tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kebanyakan warga kota pula sibuk membeli barang-barang untuk persiapan hari raya. Tapi ramai dikalangan kita ini lupa untuk berjimat cermat ketika berbelanja. Benda yang tak perlu juga turut dibeli. Hari ini Explorasi Sana Sini ingn berkongsi tips kepada semua bagaimana untuk merancang perbelanjaan anda supaya selepas raya duit pun habis.

1. Jangan terburu-buru membeli barang murah


Sewaktu melihat jualan murah berlangsung di kompleks membeli belah, jangan sesekali terburu-buru membeli barangan yang di lihat murah. Fikirkan dahulu sama ada anda memerlukannya atau tidak. Sekiranya anda sudah memiliki barangan tersebut, jangan beli.


2. Bandingkan harganya

Jangan tertipu dengan papan tanda jualan murah kerana harganya mungkin mahal daripada harga sebelum diskaun. Untuk mengelakkan diri dari tertipu tidak salah anda bandingkan harga barang yang ingin anda beli di kedai yang tidak melakukan potongan harga.


3. Bawa Teman

Salah satu untuk memastikan anda tidak boros, bawalah teman ketika membeli belah tetapi pastikan teman yang anda bawa tidak boros seperti anda. Adanya rakan yang menegur anda cara berbelanja mungkin membuatkan anda berfikir dua kali dalam berbelanja.


4. Buat Senarai

Sebelum anda keluar rumah dengan tujuan untuk membeli belah, buatlah senarai barang yang ingin anda beli. Pastikan anda tidak membeli barangan yang tiada dalam senarai.


5. Peruntukkan jumlah wang untuk berbelanja

Pastikan anda mengehadkan jumlah wang gaji anda untuk tujuan membeli belah supaya anda tidak menghadapi masalah sesudah musim raya. Jangan biarkan wang poket anda mengalir seperti air tanpa had sewaktu berbelanja.


6. Jangan boros waktu berbuka

Anda bukan sahaja rambang mata ketika melihat potongan harga di pusat membeli belah pada musim raya, melihat makanan di pasar ramadan jugak mungkin menyebabkan anda hilang pertimbangan. Sebaiknya sebelum keluar dari rumah untuk ke pasar ramadan tetapkan terlebih dahulu makanan apa yang ingin anda nikmati sewaktu berbuka puasa nanti

Read Users' Comments (0)

Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam


Jumaat, 05 Ogos 2011 -12.30 tengah hari

Minggu ini Explorasi Sana Sini meninjau satu lagi lokasi yang menarik untuk anda kunjungi. Terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Lokasi yang dimaksudkan ialahTaman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam merupakan taman agro-perhutanan yang pertama di Malaysia yang mempunyai keluasan 1290 hektar. Perjalanan ke sana akan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kuala Lumpur ke Shah Alam jika anda memandu.

Terdapat tumbuhan tropika yang menakjubkan serta laluan yang menarik . Bagi anda yang sukakan aktiviti yang mencabar, di sinilah tempatnya. Anda boleh melakukan flying fox selain memanjat jala dengan ketinggian 17 meter. Selain itu, ada aktiviti berbasikal, berkelah dan berkhemah juga turut disediakan.

Keindahan pemandangan bertambah lagi apabila anda melihat tumbuh-tumbuhan yang pelbagai spesies termasuklah tumbuhan pertanian seperti sawah padi, pokok koko, kelapa sawit,kopi, kelapa dan pokok buah-buahan lain. Terdapat juga taman-taman seperti Taman Rempah, Taman hiasan, Taman Orkid, Taman Kaktus, Taman Buluh dan Taman Cendawan. Memang menyeronokkan bila berada di sini... Satu lagi tempat yang menjadi kemestian jika anda datang ke sini iaitu Rumah Empat Musim menjadi salah satu tarikan di sini di mana anda boleh merasai empat musim.

Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam ini dibuka kepada orang ramai dari hari Selasa hingga Ahad, pada hari isnin ditutup kecuali hari isnin adalah cuti umum atau cuti sekolah akan dibuka. Untuk masuk ke taman pertanian ini, bayaran masuk akan dikenakan dengan kadar yang berpatutan.

Read Users' Comments (0)