Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam


Jumaat, 05 Ogos 2011 -12.30 tengah hari

Minggu ini Explorasi Sana Sini meninjau satu lagi lokasi yang menarik untuk anda kunjungi. Terletak di negeri Selangor Darul Ehsan. Lokasi yang dimaksudkan ialahTaman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam merupakan taman agro-perhutanan yang pertama di Malaysia yang mempunyai keluasan 1290 hektar. Perjalanan ke sana akan mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kuala Lumpur ke Shah Alam jika anda memandu.

Terdapat tumbuhan tropika yang menakjubkan serta laluan yang menarik . Bagi anda yang sukakan aktiviti yang mencabar, di sinilah tempatnya. Anda boleh melakukan flying fox selain memanjat jala dengan ketinggian 17 meter. Selain itu, ada aktiviti berbasikal, berkelah dan berkhemah juga turut disediakan.

Keindahan pemandangan bertambah lagi apabila anda melihat tumbuh-tumbuhan yang pelbagai spesies termasuklah tumbuhan pertanian seperti sawah padi, pokok koko, kelapa sawit,kopi, kelapa dan pokok buah-buahan lain. Terdapat juga taman-taman seperti Taman Rempah, Taman hiasan, Taman Orkid, Taman Kaktus, Taman Buluh dan Taman Cendawan. Memang menyeronokkan bila berada di sini... Satu lagi tempat yang menjadi kemestian jika anda datang ke sini iaitu Rumah Empat Musim menjadi salah satu tarikan di sini di mana anda boleh merasai empat musim.

Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam ini dibuka kepada orang ramai dari hari Selasa hingga Ahad, pada hari isnin ditutup kecuali hari isnin adalah cuti umum atau cuti sekolah akan dibuka. Untuk masuk ke taman pertanian ini, bayaran masuk akan dikenakan dengan kadar yang berpatutan.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Taman Pertanian Bukit Cahaya Sri Alam"

Post a Comment