Kuching, Sarawak
Jumaat, 14 mei 2010 -12.30 tengah hari
Explorasi sana sini minggu ini akan membawa anda berkunjung ke Kuching, Sarawak. Negeri bumi kenyalang, penuh dengan budaya pelbagai etnik dan tempat -tempat yang menarik yang anda boleh kunjungi. Salah satunya, bandar Kuching adalah tempat tumpuan utama pengunjung yang datang ke sini.
Antara tarikan menarik disekitar bandaraya tersebut adalah Sarawak River Cruise, di mana anda boleh menaiki bot yang menyelusuri sepanjang Sungai Sarawak sambil menikmati pemandangan menarik sekitarnya. sebagai contoh, Syarikat Harbour Cruise menawarkan pakej perjalanan menyusuri sungai selama satu jam, pada harga yang amat murah dan berpatutan. Harga yang ditawarkan termasuk dengan makanan ringan yang di sepanjang perjalanan serta persembahan tarian yang akan dipertunjukkan oleh sekumpulan penari tempatan.
Memang seronok....
Untuk anda menaiki Cruise ini anda boleh ke jeti bot yang berpusat di Kuching Waterfront. Sebuah kawasan yang menjadi tumpuan ramai pelancong tempatan dan luar negara. Kedudukannya yang strategik juga membolehkan para pengunjung menginap di beberapa hotel yang terkemuka berhampiran dengan Waterfront.
Melalui jeti ini juga anda boleh menyeberangi sungai untuk pergi ke tempat-tempat tertentu seperti restoran atau kedai kek lapis Sarawak yang memang menjadi makanan popular di sarawak.
Jika anda ingin melihat pemandangan disekitar bandar Kuching, Harbour Cruise menawarkan beberapa trip perjalanan dalam masa sehari, tetapi trip sebelah petang menjadi pilihan pengunjung untuk melihat pemandangan waktu petang sehingga matahari tenggelam (senja). apa yang anda boleh lihat disepanjang perjalanan tersebut ialah Brooke's Dockyard, bekas masjid negeri, Astana (tempat gabenor Sarawak bertugas), Fort (kubu), Waterfront, gunung Santubong, kampung Boyan dan banyak lagi
0 Response to "Kuching, Sarawak"
Post a Comment