Sungai Slim, Perak


Jumaat, 28 Mei 2010 -12.30 tengah hari

Bersama lagi minggu ini dalam explorasi sana sini, kepada anda yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar inilah lokasi paling sesuai iaitu Sungai Slim. Menurut penduduk tempatan, asal Slim River bermula daripada sungainya yang sempit atau "slim" disebabkan itulah orang Inggeris memanggil tempat tersebut Slim River. Sungai Slim mula mendapat kelulusan dan menjadi tarikan untuk water rafting sekitar 2006. Sudah menjadi identiti Sungai Slim apabila aktiviti menaiki bot getah mengharungi arus deras dan merentas rimba, cukup mempopularkan Perak sebagai destinasi aktiviti pelancongan ekstrem.

Jika anda memandu, perjalanan ke Sungai Ulu Slim mengambil masa kira-kira 45-60 minit dari Kuala Lumpur dan keluar di susur Tanjung Malim. Apabila anda sampai ke lokasi yang dituju anda boleh menghubungi pihak pengurusan untuk membawa anda ke lokasi yang seterusnya sejauh 30 minit dengan menaiki kenderaan 4WD.

Aktiviti lasak pertama yang anda boleh cuba apabila sampai ke sungai Slim ialah Water rafting, meredah arus deras dengan bot getah. sebelum menaiki bot getah ini para pengunjung dikehendaki memakai topi dan jaket keselamatan. Anda akan diawasi oleh pihak pengurusan bagi memastikan keselamatan pengunjung ketika menyertai aktiviti lasak tersebut. Lebih menyeronokkan apabila anda akan melalui hampir 20 buah jeram dan di antara yang paling mencabar ialah jeram kotak. Jeram ini dipanggil kota kerana terdapat batu 4 segi di situ. Cabaran disitu sungguh menyeronokkan sehingga anda sampai ke check point terakhir.

Memang banyak aktiviti lain yang boleh anda sertai di sini. Melihat kehidupan orang Asli Semai. orang asli Temiang dan orang asli temuan. Selain itu anda juga boleh lakukan aktiviti paintball, camping, jungle trekking, meneroka air terjun, melihat hot spring, teambuiding dan macam-macam lagi. semuanya sungguh menyeronokkan dan mencabar fizikal dan mental.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Sungai Slim, Perak"

Post a Comment