Sentul Park Koi Centre, Kuala Lumpur


Jumaat, 29 Oktober 2010- 12.30 tengah hari

Eksplorasi sana sini kembali lagi untuk minggu terakhir Oktober 2010, kali ini anda akan dibawa meninjau ke satu lagi lokasi yang menarik. Tidak semua orang mampu beriadah dikawasan taman setiap hari. Ada yang hanya mahu menghabiskan masa dengan berjalan sambil menghirup udara segar. Tetapi di Sentul Park Koi Centre, anda dapat lebih dari sekadar udara segar. Disini, bukan sahaja ada ikan koi tetapi ada juga rumah pejabat dan restoran yang dibina seakan-akan rumah di negara Jepun.

Sentul Park Koi Centre terletak di kawasan Sentul Park dengan tasik jernih dan pepohon menghijau yang menjanjikan ketenangan buat pengunjungnya. Pusat koi ini telah dirasmikan pada bulan Februari 2006 oleh Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu. Pusat Koi ini adalah satu-satunya pusat yang menggunakan konsep budaya seperti di negara Jepun dan bukan hanya sekadar tempat menjual ikan Koi.

Pusat koi yang berinspirasi budaya negara " Matahari terbit" ini menyediakan pusat pengetahuan dan sumber, restoran Jepun, Kolam kuarantin, sebuah kolam besar 700,000 liter dan juga kolam kecil 200,000 liter yang menempatkan koleksi ikan Koi istimewa Perdana Menteri. Apa yang menariknya di pusat Koi ini ialah Koi-Koinya cukup besar dan memang jarang dijumpai ditempat lain. Apatah lagi ia terletak dalam kawasan "taman Jepun" yang benar-benar menjadikan anda berada di negara tersebut.

Tidak sukar untuk ke pusat koi ini. ia terletak berhadapan Kuala Lumpur Performing Art Centre di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tiada bayaran masuk dikenakan dan ia dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 8.30 malam.

Read Users' Comments (0)

Tanjung Ketapang & Masjid Sultan Ibrahim, Muar

Jumaat, 16 Oktober 2010 -12.30 tengah hari

Explorasi sana sini untuk minggu ini masih lagi menerokai Negeri Johor Darul Takzim. Destinasi kali ini ialah Tanjung Ketapang atau Tanjung Monyet yang terletak dikawasan paya bakau, Muar, Johor. Lokasi ini merupakan salah satu daya tarikan pelancong ke bandar Muar.

Ini disebabkan banyak monyet yang berkeliaran dan hidup disini. Orang ramai yang datang ke sini pasti gembira terutamanya kanak-kanak apabila melihat telatah dan monyet tersebut jinak dengan manusi. kebanyakan pelancong datang memberi makanan seperti kuaci atau kekacang kepada hidupan mamalia ini.

Selepas melihat kehidupan mamalia, anda boleh terus melawat ke lokasi bersejarah iaitu Masjid Sultan Ibrahim yang terletak di kawasan perindustrian Muar, Tanjung Agas iaitu di tebing utara sungai Muar. Dari Tangkak ke Bandar Muar ianya berada disebelah kanan jalan sebelum merentasi jambatan Sultan Ismail (jambatan pertama). Kedudukannya bertentangan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di seberang sungai.

Masjid Sultan Ibrahim ini merupakan tempat bersejarah yang dibina pada tahun 1927 dan dirasmikan oleh Tengku mahkota Johor, iaitu Tengku Ismail pada tahun 1930. Jika anda datang ke masjid ini anda boleh melihat keunikan ukiran dinding yang cukup indah. Ia masih tersergam indah berwarna biru malah di seberang Muar ini juga terdapat satu Masjid Sultan Ibrahim 2 yang dibina serupa dengan yang asal. Masjid ini masih baru dibuka pada tahun 2002. Ramai orang Muar menamakan Masjid ini sebagai Masjid Sultan Ibrahim 2 sebab segala ciri-ciri terdapat di sini merupakan replika kepada Masjid Jamek Sultan Ibrahim di seberang sungai, cuma ianya dibina lebih besar, luas, tinggi dan agam lagi. Masjid ini boleh memuatkan 5000 jemaah.

Read Users' Comments (0)

Taman Rekreasi Tanjung Emas, Muar, Johor


Jumaat, 08 Oktober 2010 -12.30 tengah hari

Jika anda berkunjung ke Muar, Johor dan ingin menikmati suasana yang nyaman sambil melihat matahari terbit, Taman reakreasi Tanjung Mas adalah pilihan tepat. Lokasi ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk orang ramai dan yang menjadi tumpuan adalah kedai-kedai makan yang menyediakan pelbagai hidangan yang lazat. Anda disarankan mencuba makanan terkenal Muar iaitu ikan asam pedas dan mee bandung.

Terdapat perkhidmatan bot menyusuri Sungai Muar selama 45 minit hingga satu jam yang bertolak dari taman rekreasi tanjung Emas untuk memberikan peluang kepada pelancong menikmati pemandangan bandar Muar dari Sungai...

Explorasi sana sini akan membawa anda lagi mengelilingi tempat menarik yang terdapat di Muar, Johor pada minggu hadapan. Ada beberapa lagi lokasi yang cukup menarik untuk anda terokai..."Jauh perjalanan, luas pemandangan"

Read Users' Comments (0)