Sentul Park Koi Centre, Kuala Lumpur
Jumaat, 29 Oktober 2010- 12.30 tengah hari
Eksplorasi sana sini kembali lagi untuk minggu terakhir Oktober 2010, kali ini anda akan dibawa meninjau ke satu lagi lokasi yang menarik. Tidak semua orang mampu beriadah dikawasan taman setiap hari. Ada yang hanya mahu menghabiskan masa dengan berjalan sambil menghirup udara segar. Tetapi di Sentul Park Koi Centre, anda dapat lebih dari sekadar udara segar. Disini, bukan sahaja ada ikan koi tetapi ada juga rumah pejabat dan restoran yang dibina seakan-akan rumah di negara Jepun.
Sentul Park Koi Centre terletak di kawasan Sentul Park dengan tasik jernih dan pepohon menghijau yang menjanjikan ketenangan buat pengunjungnya. Pusat koi ini telah dirasmikan pada bulan Februari 2006 oleh Perdana Menteri, Datuk seri Abdullah Ahmad Badawi pada ketika itu. Pusat Koi ini adalah satu-satunya pusat yang menggunakan konsep budaya seperti di negara Jepun dan bukan hanya sekadar tempat menjual ikan Koi.
Pusat koi yang berinspirasi budaya negara " Matahari terbit" ini menyediakan pusat pengetahuan dan sumber, restoran Jepun, Kolam kuarantin, sebuah kolam besar 700,000 liter dan juga kolam kecil 200,000 liter yang menempatkan koleksi ikan Koi istimewa Perdana Menteri. Apa yang menariknya di pusat Koi ini ialah Koi-Koinya cukup besar dan memang jarang dijumpai ditempat lain. Apatah lagi ia terletak dalam kawasan "taman Jepun" yang benar-benar menjadikan anda berada di negara tersebut.
Tidak sukar untuk ke pusat koi ini. ia terletak berhadapan Kuala Lumpur Performing Art Centre di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Tiada bayaran masuk dikenakan dan ia dibuka setiap hari dari jam 9.00 pagi sehingga 8.30 malam.

0 Response to "Sentul Park Koi Centre, Kuala Lumpur"
Post a Comment