Tanjung Ketapang & Masjid Sultan Ibrahim, Muar

Jumaat, 16 Oktober 2010 -12.30 tengah hari

Explorasi sana sini untuk minggu ini masih lagi menerokai Negeri Johor Darul Takzim. Destinasi kali ini ialah Tanjung Ketapang atau Tanjung Monyet yang terletak dikawasan paya bakau, Muar, Johor. Lokasi ini merupakan salah satu daya tarikan pelancong ke bandar Muar.

Ini disebabkan banyak monyet yang berkeliaran dan hidup disini. Orang ramai yang datang ke sini pasti gembira terutamanya kanak-kanak apabila melihat telatah dan monyet tersebut jinak dengan manusi. kebanyakan pelancong datang memberi makanan seperti kuaci atau kekacang kepada hidupan mamalia ini.

Selepas melihat kehidupan mamalia, anda boleh terus melawat ke lokasi bersejarah iaitu Masjid Sultan Ibrahim yang terletak di kawasan perindustrian Muar, Tanjung Agas iaitu di tebing utara sungai Muar. Dari Tangkak ke Bandar Muar ianya berada disebelah kanan jalan sebelum merentasi jambatan Sultan Ismail (jambatan pertama). Kedudukannya bertentangan dengan Masjid Jamek Sultan Ibrahim di seberang sungai.

Masjid Sultan Ibrahim ini merupakan tempat bersejarah yang dibina pada tahun 1927 dan dirasmikan oleh Tengku mahkota Johor, iaitu Tengku Ismail pada tahun 1930. Jika anda datang ke masjid ini anda boleh melihat keunikan ukiran dinding yang cukup indah. Ia masih tersergam indah berwarna biru malah di seberang Muar ini juga terdapat satu Masjid Sultan Ibrahim 2 yang dibina serupa dengan yang asal. Masjid ini masih baru dibuka pada tahun 2002. Ramai orang Muar menamakan Masjid ini sebagai Masjid Sultan Ibrahim 2 sebab segala ciri-ciri terdapat di sini merupakan replika kepada Masjid Jamek Sultan Ibrahim di seberang sungai, cuma ianya dibina lebih besar, luas, tinggi dan agam lagi. Masjid ini boleh memuatkan 5000 jemaah.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Tanjung Ketapang & Masjid Sultan Ibrahim, Muar"

Post a Comment