Taman Negara Bako, Sarawak
Jumaat, 01 April 2011 -12.30 tengah hari
Taman Negara Bako merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk dan 57 spesies mamalia termasuk monyet Belanda. Monyet Belanda andemik kepada kepulauan Borneo dan hidup dalam kumpulan kecil antara 10 hingga 30 anggota.
Pemandangan di Taman Negara Bako menakjubkan dengan teluk terlindung serta tanjung berbatu dengan tebing curam yang berhadapan dengan Laut China Selatan. Karakter fizikal di taman ini adalah hasil seni alam yang mengujakan. Pengunjung pasti terpegun dengan berbagai bentuk hamparan batu yang terhakis dengan berbagai jenis tekstur, dari yang menggerutu, berlapis dan berlubang-lubang. Kawasan hutan di sini juga merentasi mukabumi yang berbagai dari mencanak, yang dipenuhi akar-akar pokok, batu-batu dan juga pasir.
Untuk mereka yang ingin berkunjung ke taman ini, masa yang terbaik adalah pada bulan April hingga September. Lawatan tidak digalakkan dari Oktober hingga Mac setiap tahun kerana musim tengkujuh. Untuk menggelakan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pengunjung semasa berada di Taman Negara Bako mereka perlu memberi perhatian pada papan tanda yang terpasang pada merata tempat termasuk pada pangkal pokok.
Untuk keselesaan pengunjung, Terminal Taman Negara Bako dibuka dengan rasminya pada 3 September 2007 sebagai tempat mendaftar, menginsuranskan, memberikan taklimat keselamatan dan menyediakan pelbagai peralatan keselamatan kepada pengunjung....