Taman Negara Bako, Sarawak
Jumaat, 01 April 2011 -12.30 tengah hari
Explorasi Sana Sini menawarkan satu lagi lokasi yang cukup menarik kepada pencinta alam, kali ini explorasi meninjau ke Taman Negara Bako yang terletak di Negeri Bumi Kenyalang, Sarawak. Taman ini ialah salah satu taman negara terkecil di Asia Tenggara namun yang tertua dan paling mudah dikunjungi. Taman ini merangkumi kawasan seluas 27 km dan terletak hanya 37 km dari Bandar Kuching. Taman ini menggamit pengunjung dengan pemandangan menarik hutan semulajadi Sarawak dan hidupan liar Borneo.
Taman Negara Bako merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk dan 57 spesies mamalia termasuk monyet Belanda. Monyet Belanda andemik kepada kepulauan Borneo dan hidup dalam kumpulan kecil antara 10 hingga 30 anggota.
Pemandangan di Taman Negara Bako menakjubkan dengan teluk terlindung serta tanjung berbatu dengan tebing curam yang berhadapan dengan Laut China Selatan. Karakter fizikal di taman ini adalah hasil seni alam yang mengujakan. Pengunjung pasti terpegun dengan berbagai bentuk hamparan batu yang terhakis dengan berbagai jenis tekstur, dari yang menggerutu, berlapis dan berlubang-lubang. Kawasan hutan di sini juga merentasi mukabumi yang berbagai dari mencanak, yang dipenuhi akar-akar pokok, batu-batu dan juga pasir.
Untuk mereka yang ingin berkunjung ke taman ini, masa yang terbaik adalah pada bulan April hingga September. Lawatan tidak digalakkan dari Oktober hingga Mac setiap tahun kerana musim tengkujuh. Untuk menggelakan sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada pengunjung semasa berada di Taman Negara Bako mereka perlu memberi perhatian pada papan tanda yang terpasang pada merata tempat termasuk pada pangkal pokok.
Untuk keselesaan pengunjung, Terminal Taman Negara Bako dibuka dengan rasminya pada 3 September 2007 sebagai tempat mendaftar, menginsuranskan, memberikan taklimat keselamatan dan menyediakan pelbagai peralatan keselamatan kepada pengunjung....

0 Response to "Taman Negara Bako, Sarawak"
Post a Comment