Pulai Mataking, Sabah

Jumaat, 29 April 2011- 12.30 tengah hari

Explorasi Sana sini minggu ini meninjau satu lagi pulau yang cukup menarik untuk anda kunjungi. Lokasi yang di maksudkan ialah Pulau Mataking yang terletak di Negeri bawah bayu, Sabah. Pantai yang memperlihatkan pemandangan yang cukup indah, pasir putih yang berkilau bak mutiara di bawah sinaran matahari, biru air laut yang menawan dan mempunyai hotel bertaraf lima bintang menjanjikan percutian impian buat penyelam atau bukan penyelam di Pulau mataking.

Perjalanan dari Tawau ke semporna mengambil masa satu jam. Dari jeti Semporna dengan menggunakan bot laju anda akan sampai dalam masa 45 minit ke Pulau mataking.

Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk anda adakan aktiviti menyelam seperti Eel garden, Turtle Playground dan sebagainya. Aktiviti lain yang boleh dilakukandi sini termasuk berkayak, jungle trekking, melukis batik ataupun membelai tubuh di jamu spa.

Paling menarik tentulah berjalan kaki ke Pulau Mataking kecil. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan semasa air surut. Juga terdapat sebuah menara tinjau untuk menikmati panorama hebat di Laut Sulawesi. Uniknya di sini, terdapat sebuah pejabat pos dasar laut.

Pada tahun 2006, resort di sini menenggelamkan sebuah kapal untuk dijadikan tukun tiruan dan berfungsi sebagai pejabat pos dasar laut.

Read Users' Comments (0)

Taman Rusa (Deerland Park), Pahang



Jumaat, 22 April 2011 -12.30 tengah hari


Jika anda mahu merasai pengalaman bermesra sambil memberi makan, bersentuhan, mendukung dan bermain-main dengan binatang, minggu ini Explorasi Sana Sini akan membawa anda ke lokasi yang penuh dengan rusa pelbagai spesies. Lokasi yang dimaksudkan ialah Deerland Park yang terletak di Lanchang, Negeri Pahang. Sejauh 116 km jika anda dari Kuala Lumpur.



Bermula dengan angan-angan ingin membuka taman haiwan peliharaan, Abdullah Ahmad Mahmud kini boleh berbangga apabila ladang Deerland miliknya disenarai sebagai antara destinasi pelancongan utama di Lanchang, Pahang.



Antara tarikan utama di sini adalah kumpulan rusa yang ditempatkan di kawasan terbuka. Kira-kira 30 ekor rusa Indonesia yang terdapat disini dan anda berpeluang memberi makan kepada mereka dengan mudah saja kerana mereka telah terlatih untuk dekat dengan manusia. Selain boleh melihat tingkah laku mereka dengan lebih dekat lagi anda juga dapat menghirup udara segar di sini.



Kawasan seluas 4 hektar ini juga turut menempatkan burung unta dan beruang manja yang di panggil "Muda". Anda boleh melihat aksi Muda bermain dengan penjaga taman ini yang memberinya minum susu.



Disamping haiwan, terdapat satu kawasan di sini yang dikhaskan untuk mengusahakan pokok-pokok herba tradisional yang mana jumlahnya melebihi 40 spesies. Lebih menarik lagi laluan berkayu sejauh 200 meter yang akan membawa anda ke menara pemerhati di tengah-tengah Bukit Rengit.



Deerland Park ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Jika anada mempunyai masa, kunjungilah juga Santuari Gajah Kuala Gandah yang terletak berhampiran taman rusa ini.





















Read Users' Comments (0)

Tips Keselamatan Bagasi Ketika Melancong


Jumaat, 15 April 2011- 12.30 tengah hari

Kepada anda yang gemar melancong, pastikan bagasi anda selamat ketika berada di lapangan terbang. Manalah tahu ada perkara yang tidak kita jangkakan akan menimpa bagasi semasa dalam proses untuk masukkan ke dalam kargo kapal terbang yang dinaiki.

Minggu ini, Explorasi Sana Sini ingin berkongsi tips keselamatan bagasi ketika melancong. Antaranya;

  • Pastikan beg tangan atau beg galas bersama dengan anda ketika sampai dan sepanjang di lapangan terbang. Beg yang tidak dijaga dengan betul mungkin akan hilang ataupun dikebas pencuri. Lebih teruk lagi jika bagasi yang hilang. Ianya akan dimusnahkan oleh pihak keselamatan lapangan terbang kerana tidak dituntut oleh pemiliknya.

  • Pastikan anda telah membawa masuk beg tangan, dompet atau beg pejabat yang mengandungi dokumen penting bersama ketika memasuki pesawat.

  • Mengurangkan bilangan beg, dengan ini anda dapat mengurangkan risiko kehilangan dokumen penting dan barang berharga.

  • Membuat pemeriksaan dengan wakil agensi pelancongan anda mengenai peraturan barang yang dilarang bawa memasuki kapal terbang, setiap negara mempunyai undang-undang yang berbeza. Ia juga dapat mengelakkan anda terpaksa bersoal jawab dengan pasukan keselamatan jika membawa barangan tidak dibenarkan.

  • Jangan membawa sebarang peralatan tajam yang mungkin boleh dijadikan senjata seperti pembuka surat, pisau, pemotong kotak, gunting atau rantai kunci tirus dalam bagasi. Ia mungkin dirampas pasukan keselamatan.

  • Bagi anda yang membawa ubat-ubatan letakkan dalam beg tangan atau beg sandang untuk memudahkan urusan pemeriksaan. bagaimanapun, jangan bawa sebarang penyembur dalam bentuk botol. jika terpaksa, letakkannya di dalam bagasi.

Read Users' Comments (0)

Tips Mahu Bercuti Tetapi Sibuk


Jumaat, 08 April 2011 -12.30 tengah hari

Minggu ini Eksplorasi Sana Sini ingin berkongsi tips untuk anda bercuti bersama keluarga tetapi sibuk dengan kerja. Mungkin anda ada niat untuk melancong tetapi waktu yang terhad sangat membataskan untuk bercuti. Walaupun sudah dirancang, terpaksa juga ditunda atau dibatalkan kerana bebanan kerja yang bertimbun.

Bagi tidak menghampakan keluarga tersayang, ada cara yang terbaik untuk anda bercuti walaupun sentiasa sibuk. Antaranya ialah:

  • Pastikan anda senaraikan tugasan rutin yang patut dilakukan bagi mengelakkan keciciran.

  • Jangan bertangguh sehingga anda terpaksa menunda tarikh untuk melancong

  • jika anda baru hendak merancang percutian, pastikan anda pilih tarikh percutian mengikut cuti yang anda ada.

  • Tempah hotel awal-awal untuk mengelakkan hotel penuh terutamanya musim cuti sekolah.

  • Bercuti wajib sebagai ganjaran kerana anda penat bekerja.

Read Users' Comments (0)