Pulai Mataking, Sabah

Jumaat, 29 April 2011- 12.30 tengah hari

Explorasi Sana sini minggu ini meninjau satu lagi pulau yang cukup menarik untuk anda kunjungi. Lokasi yang di maksudkan ialah Pulau Mataking yang terletak di Negeri bawah bayu, Sabah. Pantai yang memperlihatkan pemandangan yang cukup indah, pasir putih yang berkilau bak mutiara di bawah sinaran matahari, biru air laut yang menawan dan mempunyai hotel bertaraf lima bintang menjanjikan percutian impian buat penyelam atau bukan penyelam di Pulau mataking.

Perjalanan dari Tawau ke semporna mengambil masa satu jam. Dari jeti Semporna dengan menggunakan bot laju anda akan sampai dalam masa 45 minit ke Pulau mataking.

Terdapat beberapa tempat yang menarik untuk anda adakan aktiviti menyelam seperti Eel garden, Turtle Playground dan sebagainya. Aktiviti lain yang boleh dilakukandi sini termasuk berkayak, jungle trekking, melukis batik ataupun membelai tubuh di jamu spa.

Paling menarik tentulah berjalan kaki ke Pulau Mataking kecil. Aktiviti ini hanya boleh dilakukan semasa air surut. Juga terdapat sebuah menara tinjau untuk menikmati panorama hebat di Laut Sulawesi. Uniknya di sini, terdapat sebuah pejabat pos dasar laut.

Pada tahun 2006, resort di sini menenggelamkan sebuah kapal untuk dijadikan tukun tiruan dan berfungsi sebagai pejabat pos dasar laut.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Pulai Mataking, Sabah"

Post a Comment