Tips Keselamatan Bagasi Ketika Melancong


Jumaat, 15 April 2011- 12.30 tengah hari

Kepada anda yang gemar melancong, pastikan bagasi anda selamat ketika berada di lapangan terbang. Manalah tahu ada perkara yang tidak kita jangkakan akan menimpa bagasi semasa dalam proses untuk masukkan ke dalam kargo kapal terbang yang dinaiki.

Minggu ini, Explorasi Sana Sini ingin berkongsi tips keselamatan bagasi ketika melancong. Antaranya;

  • Pastikan beg tangan atau beg galas bersama dengan anda ketika sampai dan sepanjang di lapangan terbang. Beg yang tidak dijaga dengan betul mungkin akan hilang ataupun dikebas pencuri. Lebih teruk lagi jika bagasi yang hilang. Ianya akan dimusnahkan oleh pihak keselamatan lapangan terbang kerana tidak dituntut oleh pemiliknya.

  • Pastikan anda telah membawa masuk beg tangan, dompet atau beg pejabat yang mengandungi dokumen penting bersama ketika memasuki pesawat.

  • Mengurangkan bilangan beg, dengan ini anda dapat mengurangkan risiko kehilangan dokumen penting dan barang berharga.

  • Membuat pemeriksaan dengan wakil agensi pelancongan anda mengenai peraturan barang yang dilarang bawa memasuki kapal terbang, setiap negara mempunyai undang-undang yang berbeza. Ia juga dapat mengelakkan anda terpaksa bersoal jawab dengan pasukan keselamatan jika membawa barangan tidak dibenarkan.

  • Jangan membawa sebarang peralatan tajam yang mungkin boleh dijadikan senjata seperti pembuka surat, pisau, pemotong kotak, gunting atau rantai kunci tirus dalam bagasi. Ia mungkin dirampas pasukan keselamatan.

  • Bagi anda yang membawa ubat-ubatan letakkan dalam beg tangan atau beg sandang untuk memudahkan urusan pemeriksaan. bagaimanapun, jangan bawa sebarang penyembur dalam bentuk botol. jika terpaksa, letakkannya di dalam bagasi.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Tips Keselamatan Bagasi Ketika Melancong"

Post a Comment