Taman Rusa (Deerland Park), Pahang



Jumaat, 22 April 2011 -12.30 tengah hari


Jika anda mahu merasai pengalaman bermesra sambil memberi makan, bersentuhan, mendukung dan bermain-main dengan binatang, minggu ini Explorasi Sana Sini akan membawa anda ke lokasi yang penuh dengan rusa pelbagai spesies. Lokasi yang dimaksudkan ialah Deerland Park yang terletak di Lanchang, Negeri Pahang. Sejauh 116 km jika anda dari Kuala Lumpur.



Bermula dengan angan-angan ingin membuka taman haiwan peliharaan, Abdullah Ahmad Mahmud kini boleh berbangga apabila ladang Deerland miliknya disenarai sebagai antara destinasi pelancongan utama di Lanchang, Pahang.



Antara tarikan utama di sini adalah kumpulan rusa yang ditempatkan di kawasan terbuka. Kira-kira 30 ekor rusa Indonesia yang terdapat disini dan anda berpeluang memberi makan kepada mereka dengan mudah saja kerana mereka telah terlatih untuk dekat dengan manusia. Selain boleh melihat tingkah laku mereka dengan lebih dekat lagi anda juga dapat menghirup udara segar di sini.



Kawasan seluas 4 hektar ini juga turut menempatkan burung unta dan beruang manja yang di panggil "Muda". Anda boleh melihat aksi Muda bermain dengan penjaga taman ini yang memberinya minum susu.



Disamping haiwan, terdapat satu kawasan di sini yang dikhaskan untuk mengusahakan pokok-pokok herba tradisional yang mana jumlahnya melebihi 40 spesies. Lebih menarik lagi laluan berkayu sejauh 200 meter yang akan membawa anda ke menara pemerhati di tengah-tengah Bukit Rengit.



Deerland Park ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Jika anada mempunyai masa, kunjungilah juga Santuari Gajah Kuala Gandah yang terletak berhampiran taman rusa ini.





















Read Users' Comments (0)

0 Response to "Taman Rusa (Deerland Park), Pahang"

Post a Comment