Tanah Aina Fareena, Pahang

Jumaat, 29 Julai 2011- 12.30 tengah hari

Jika minggu lalu anda telah mengetahui keindahan dan keistimewaan Tanah Aina Farrah Soraya, minggu ini pula, Explorasi sana Sini akan membawa anda mengelilingi Tanah Aina Fareena yang terletak di Lebuhraya Karak, lentang, bentong, Pahang. Lokasi ini agak jauh dari Tanah Aina Farrah Soraya.

Konsepnya berbeza dengan minggu lepas kerana Tanah Aina Fareena mempunyai banyak dusun buah-buahan. Tapi sebelum anda sampai ke dusun buah-buahan ini, anda akan menyelusuri tangga ke atas, lebih kurang 15 minit berjalan kaki untuk sampai ke puncak untuk melihat pemandangan gunung ganang disekelilingnya sambil menghirup udara segar dan dingin. Bahkan berjalan kaki ini juga senaman kepada anda yang dah agak lama tidak bersenam.

Selepas menikmati keindahan flora fauna di puncak anda akan menuruni bukit dan anda tidak akan melalui jalan yang sama sehinggalah anda sampai ke sebuah sungai. Terdapat sebuah pondok untuk merehatkan diri setelah penat berjalan bahkan anda boleh mandi manda untuk mendapatkan kesegaran semula.

Keseronokkan berada di Tana Aina Fareena bertambah apabila anda sampai ke dusun buah-buahan seperti buah mangga, durian, ciku, langsat

Read Users' Comments (0)

Tanah Aina, Raub , Pahang


Jumaat, 22 Julai 2011 -12.30 tengah hari

Explorasi Sana Sini ingin memperkenalkan satu lagi destinasi yang menarik terutama kepada anda yang sukakan suasana nyaman , menyegarkan dan dikelilingi pokok-pokok. Lokasi yang dimaksudkan ialah Tanah Aina yang terletak di Raub, Pahang. Terdapat lima dusun di Tanah Aina yang mempunyai konsep yang berbeza-beza. Setiap dusun diberi nama anak-anak pemilik iaitu Puan Sri Sharifah Syed Akil.

Hari ini Explorasi Sana Sini akan meninjau Tanah Aina Farrah Soraya yang terletak di dalam Daerah Raub. Tanah seluas 24 ekar ini pastinya menyajikan keseronokkan tak terhingga setibanya anda di sini. Apabila anda mula-mula sampai di tempat letak kereta, anda akan dibawa menaiki pacuan 4 roda untuk memasuki kawasan dusun. Oleh kerana jalan bukit yang agak mencabar, perjalanan tersebut mengambil masa 15 minit untuk sampai di Tanah Aina Farrah Soraya. Dikelilingi bukit bukau yang penuh dengan pokok durian, deruan air sungai pastinya memberi ketenangan kepada pengunjung.

Setibanya di dusun tersebut anda akan dihidangkan dengan air sirap selasih sebagai tanda "welcome drink". Terdapat 5 buah chalet berkonsepkan tropika,kawasan khemah yang mampu memuatkan 25 buah khemah dan sebuah dorm besar yang mampu memuatkan maksima 100 orang dalam suatu masa.

Bagi pengunjung yang sukakan cabaran, terdapat flying fox, jungle trekking hingga air terjun, night walk,slide for kid dan sebagainya. Bagi mendekatkan orang ramai dengan penduduk asli, acara menyumpit dan menganyam tikar turut di adakan. Pasti menyeronokkan jika anda berkunjung ke sini bersama rakan-rakan dan keluarga.

Read Users' Comments (0)

Homestay Sepintas, Kuala Lumpur


Jumaat, 15 Julai 2011- 12.30 tengah hari

Explorasi minggu ini akan membawa anda merasai kenangan zaman remaja di tempat yang berlatarkan suasana kampung. Melakukan aktiviti outdoor dan indoor dalam suasana kampung pastinya menjadi impian mereka yang tinggal di kota seperti warga Kuala Lumpur. Bermain sepak raga, menendang bola rotan bersama teman-teman pastinya menjadi igauan untuk kembali ke zaman remaja.

Kini peluang itu datang lagi jika anda memilih merasai pengalaman di Homestay Sepintas yang terletak 200km sebelah utara Bandar Kuala Lumpur, sepanjang tepi sungai berarus deras Sabak Bernam. Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 3 jam.

Kampung ini menawarkan pelbagai masakan yang berbeza untuk dinikmati antaranya ialah nasi ambeng, nasi lemak getol pecal,punten, lontong dan begedel. Selain itu, anda juga berpeluang menikmati makanan laut yang segar yang dihidangkan bersama sos pedas. Pasti menyelerakan, tambahan pula menikmatinya dalam suasana kampung yang menenangkan.

Homestay ini menjadi tarikan kerana budaya dan warisan serta pengaruh arab yang digabungkan dengan muzik melayu tradisional untuk menghasilkan muzik ghazal dan kompang. Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh penduduk kampung ini ialah mengusahakan perusahaan industri kecil seperti rempeyek, kerepek bawang, kerepek ubi dan pisang, kuih gulung ataupun roti pau yang menjadi kegemaran penduduk tempatan dan orang luar. Ada lagi, anda boleh melihat kaligrafi islam atau batik.

Read Users' Comments (1)comments