Homestay Sepintas, Kuala Lumpur


Jumaat, 15 Julai 2011- 12.30 tengah hari

Explorasi minggu ini akan membawa anda merasai kenangan zaman remaja di tempat yang berlatarkan suasana kampung. Melakukan aktiviti outdoor dan indoor dalam suasana kampung pastinya menjadi impian mereka yang tinggal di kota seperti warga Kuala Lumpur. Bermain sepak raga, menendang bola rotan bersama teman-teman pastinya menjadi igauan untuk kembali ke zaman remaja.

Kini peluang itu datang lagi jika anda memilih merasai pengalaman di Homestay Sepintas yang terletak 200km sebelah utara Bandar Kuala Lumpur, sepanjang tepi sungai berarus deras Sabak Bernam. Perjalanan ke sana dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 3 jam.

Kampung ini menawarkan pelbagai masakan yang berbeza untuk dinikmati antaranya ialah nasi ambeng, nasi lemak getol pecal,punten, lontong dan begedel. Selain itu, anda juga berpeluang menikmati makanan laut yang segar yang dihidangkan bersama sos pedas. Pasti menyelerakan, tambahan pula menikmatinya dalam suasana kampung yang menenangkan.

Homestay ini menjadi tarikan kerana budaya dan warisan serta pengaruh arab yang digabungkan dengan muzik melayu tradisional untuk menghasilkan muzik ghazal dan kompang. Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh penduduk kampung ini ialah mengusahakan perusahaan industri kecil seperti rempeyek, kerepek bawang, kerepek ubi dan pisang, kuih gulung ataupun roti pau yang menjadi kegemaran penduduk tempatan dan orang luar. Ada lagi, anda boleh melihat kaligrafi islam atau batik.

Read Users' Comments (1)comments