Tanah Aina, Raub , Pahang


Jumaat, 22 Julai 2011 -12.30 tengah hari

Explorasi Sana Sini ingin memperkenalkan satu lagi destinasi yang menarik terutama kepada anda yang sukakan suasana nyaman , menyegarkan dan dikelilingi pokok-pokok. Lokasi yang dimaksudkan ialah Tanah Aina yang terletak di Raub, Pahang. Terdapat lima dusun di Tanah Aina yang mempunyai konsep yang berbeza-beza. Setiap dusun diberi nama anak-anak pemilik iaitu Puan Sri Sharifah Syed Akil.

Hari ini Explorasi Sana Sini akan meninjau Tanah Aina Farrah Soraya yang terletak di dalam Daerah Raub. Tanah seluas 24 ekar ini pastinya menyajikan keseronokkan tak terhingga setibanya anda di sini. Apabila anda mula-mula sampai di tempat letak kereta, anda akan dibawa menaiki pacuan 4 roda untuk memasuki kawasan dusun. Oleh kerana jalan bukit yang agak mencabar, perjalanan tersebut mengambil masa 15 minit untuk sampai di Tanah Aina Farrah Soraya. Dikelilingi bukit bukau yang penuh dengan pokok durian, deruan air sungai pastinya memberi ketenangan kepada pengunjung.

Setibanya di dusun tersebut anda akan dihidangkan dengan air sirap selasih sebagai tanda "welcome drink". Terdapat 5 buah chalet berkonsepkan tropika,kawasan khemah yang mampu memuatkan 25 buah khemah dan sebuah dorm besar yang mampu memuatkan maksima 100 orang dalam suatu masa.

Bagi pengunjung yang sukakan cabaran, terdapat flying fox, jungle trekking hingga air terjun, night walk,slide for kid dan sebagainya. Bagi mendekatkan orang ramai dengan penduduk asli, acara menyumpit dan menganyam tikar turut di adakan. Pasti menyeronokkan jika anda berkunjung ke sini bersama rakan-rakan dan keluarga.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Tanah Aina, Raub , Pahang"

Post a Comment