Gunung Jerai Di Kedah


Jumaat, 30 Julai 2010 - 12.30 tengah hari

Explorasi Sana sini minggu Gunung Jerai (juga dikenali Puncak kedah) merupakan sebuah gunung yang terdapat di Negeri kedah darul Aman, di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan. Tingginya 1,217 meter. gunung Jerai boleh dilihat dari hotel E & O di Pulau Pinang kerana jarak Butterworth ke Gunung Jerai hanya 50 kilometer sahaja.

Untuk datang ke Gunung jerai ini anda boleh mengikut Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, dari Tol Sg Dua , Prai menuju Utara dan keluar di EXIT Gurun. belok kiri selepas tol kemudian belok kanan di simpang trafik.

Gunung Jerai menawarkan aktiviti merentas hutan bagi pencinta alam semulajadi. Apa yang menarik di tempat ini ialah kepelbagaian tumbuh -tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Untuk ke puncak gunung anda akan berjalan sejauh 12 kilometer. penat dan mencabar untuk menempuhi pokok2 besar semasa dalam perjalanan.

Apabila anda sudah sampai ke puncak, anda akan melihat pemandangan yang cukup indah dan cantik Negeri kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang bak saujana mata memandang.

Read Users' Comments (0)

Taman Hidupan Liar Lok Kawi di Sabah


Jumaat, 23 Julai 2010 -12.30 tengah hari

Minggu ini, Explorasi akan mengelilingi Taman Hidupan Liar Kawi di Negeri Sabah. Taman seluas 280 ekar itu yang terletak dalam daerah Putatan dibuka secara rasmi pada 17 Februari 2007. Sebelum ditukar nama ke Taman Hidupan Liar Lok Kawi, ia dikenali sebagai Taman Zoologi dan Botani Sabah (Sabah Zoological and Botanical Park). “Zoo Lok Kawi” merupakan destinasi yang amat berpotensi sebagai daya tarikan baru industri pelancongan di Sabah kerana ia merupakan satu-satunya zoo di Sabah.

Taman Hidupan Liar Lok Kawi memiliki keunikan dan keistimewan sendiri kerana berkonsepkan dua jenis taman iaitu zoologi dan botani.

Masa operasinya setiap hari dari 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Semasa cuti sekolah sudah pasti ramai pengunjung berbanding hari biasa atau hujung minggu. Jadi sesuai sekiranya anda ingin membawa anak-anak ke Taman ini. Pengunjung dapat melihat pelbagai jenis binatang seperti badak,rusa,harimau,gajah Asia, Kijang,memerang, burung unta, musang, badak sumatra dan banyak lagi.

Pengunjung juga berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat spesies Orang Utan dan juga Monyet Proboscis yang hanya boleh di dapati di Sabah. Disini juga pengunjung boleh melihat Harimau dahan yang hanya boleh di dapati di kepulauan Borneo dan Asia.

Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan gelagat si burung Kakak Tua dan Burung Nuri yang pandai menyanyikan lagu Negaraku. Pastinya mencuit hati. Konsep terbuka juga sedikit sebanyak mendekatkan diri pengunjung kepada hidupan di sini.

Sementara Taman Botani yang diusahakan oleh Jabatan Hutan turut menyediakan pameran orkid, pakis, tumbuhan perubatan, periuk kera, spesies halia serta menyediakan laluan pejalan kaki untuk meninjau keindahan flora di sekitar taman itu.

Read Users' Comments (0)

Pulau Pangkor di Perak


Jumaat, 18 Jun 2010 - 12.30 tengah hari


Untuk rehatkan minda, cara yang terbaik adalah melancong dan tempat yang boleh melarikan diri daripada kebisingan kota, tekanan kerja dan stress explorasi sana sini, membawa anda ke Pulau Pangkor, Perak. Pulau Pangkor, merupakan sebuah pulau di perairan Selat Melaka. Ia memiliki pantai-pantai yang indah dan bersih serta laut yang jernih biru-kehijauan amat sesuai bagi mereka yang mencari kedamaian.


Pulau percutian yang semakin diminati para pelancong dalam dan luar negara. Pantai yang cantik dan pemandangan yang menawan jadi tarikan utama ke Pulau Pangkor. Terdapat pelbagai jenis penginapan disediakan di dua pantai perkelahan utama Pulau Pangkor iaitu Pantai Pasir Bogak dan Pantai Teluk Nipah. Pasir Bogak menawarkan bilik, hotel, apartment dan chalet manakala Teluk Nipah menawarkan beratus-ratus chalet yang bercirikan seni bina Melayu eksotik. Pakej-pakej yang ditawarkan termasuk pakej percutian (individu, pasangan, keluarga & kumpulan).


Terdapat pelbagai kemudahan di pulau ini supaya percutian anda tidak terganggu. Seperti bank-bank, pejabat pos, hospital, restaurant makanan laut, internet & banyak lagi kemudahan-kemudahan yang lain. Untuk memudahkan anda bergerak kemana-mana anda boleh menaiki teksi (van merah jambu) atau menyewa kereta & motosikal.


Pantai Pasir Bogak menyediakan penginapan hotel dan apartmen yang lengkap dengan kemudahan seperti restoran, serta kolam renang. Pantai ini merupakan pantai perkelahan yang amat popular di kalangan para pelancong dalam negeri. Bagi pelancong yang menginginkan kedamaian dan kecantikan di Pantai Pasir Bogok merupakan tempat yang sesuai untuk anda. Pantainya panjang dan dilindungi pepohon rendang, amat sesuai melakukan aktiviti sukan pantai atau hanya untuk bersantai dan mandi laut. Di sini terdapat hotel bertaraf sederhana seperti CORAL BAY RESORT dan PUTERI BAYU RESORT.


Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor pula menyediakan penginapan chalet yang sungguh ekonomi untuk sesiapa sahaja yang ingin menginapnya. Chalet-chalet yang terdapat di sini termasuklah PALMA BEACH RESORT, NIPAH WATERFRONT, PURNAMA BEACH RESORT dan banyak lagi. Pantai Teluk Nipah adalah impian mereka yang ingin bercuti, berehat dalam suasana tenang dan damai. Kunjungilah Pulau Pangkor... tak kenal maka tak cinta.

Read Users' Comments (0)

Bukit Merah Lake Town Resort di Perak


Jumaat, 16 Julai 2010 -12.30 tengah hari

Minggu ini, Explorasi sana sini akan membawa anda ke Bukit Merah terletak berhampiran dengan Gunung Semanggol, Taiping, Kuala Kurau, negeri Perak, Malaysia. Sebuah empangan telah dibina di sini dan menenggelamkan sebahagian kawasan ini dan menjadi tasik air tawar yang luas. Sebahagiannya telah dimajukan menjadi Bukit Merah Lake Town Resort oleh Emkay Sdn Bhd.


Selain mempunyai Landskap yang menarik dan dikelilingi oleh panorama di kawasan seluas 7000 ekar, BMLR benar-benar membawa anda ke suatu destinasi yang menakjubkan. Bukit Merah Lake Town Resort sangat istimewa kerana ianya merupakan satu -satunya tasik Malaysia yang mempunyai landasan keretapi yang melintasi di tengahnya. Sangat unik dan mengagumkan. Di situ juga anda boleh melihat telatah Orang Utan di Pulau Orang Utan.


Bukan itu saja, anda juga boleh luangkan masa sehari suntuk di Taman Tema Air yang turut menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang datang ke sini. Anda boleh mencuba permainan waterlift dan Skycycle yang menguji ketahanan fizikal dan mental selain menikmati leseluruhan pemandangan indah di sini.


Ada lagi tempat menarik yang anda boleh lawati iaitu Eco Park. Anda boleh berjalan sekitar kawasan tersebut sambil meninjau beberapa spesies haiwan yang hidup bebas di habitat yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti rusa dawean, iguana yang kelihatan relax dan kool, burung jampuk, burung hantu, ikan ara pama, alligator garfish dan binturong yang hampir pupus.

Read Users' Comments (0)

Pulau Bidong, Terengganu


Jumaat, 09 Julai 2010 -12.30 tengah hari

Jika minggu lepas explorasi sana sini telah membawa anda mengelilingi Pulau Tioman, kali ini anda akan dibawa mengunjungi ke Pulau Bidong yang terletak di Negeri Terengganu. Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 hingga 1990. Bayangkan ditempat ini pernah menempatkan hampir 60,000 orang dalam satu-satu masa. Mungkin kita tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan mereka waktu itu yang serba kekurangan dari segi makanan, ubat-ubatan dan macam-macam lagi.

Oleh sebab itulah pada masa dahulu pulau yang jarang dikunjungi oleh pelancong dianggap pulau larangan. Tetapi kini tidak lagi kerana bagi pencipta laut mereka lebih bijak memilih untuk menyelam atau snorkeling di sini kerana lautnya yang membiru serta spesies batu karang yang ada di dalamnya juga masih belum terusik. Inilah bezanya menyelam atau snorkeling di Pulau-Pulau yang lain.

Jika anda membawa kereta perjalanan ke Pulau Bidong dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 5 hingga 6 jam untuk sampai ke Terengganu.Dari segi penginapan anda boleh bermalam di Sutra Beach Resort & Dive Terengganu. Pelbagai kemudahan yang turut disediakan.

Kepada pengunjung yang suka berenang bolehlah ke pantai mengharungi airnya yang biru sambil menikmati udara yang sejuk dan segar sambil melakukan aktiviti sukaneka ditepi pantai seperti bola sepak, bola tampar dan bola jaring. Selain itu, anda juga boleh menjalankan aktiviti snorkeling ataupun anda boleh berscuba untuk melihat ikan-ikan, tumbuhan laut dan batu karang. Memang menyeronokkan...

Selain itu anda juga boleh melihat tugu peringatan yang dibina oleh rakyat Vietnam sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia. Cukup Unik dengan seni bina dan ukiran tugu tersebut.


Read Users' Comments (0)