Bukit Merah Lake Town Resort di Perak


Jumaat, 16 Julai 2010 -12.30 tengah hari

Minggu ini, Explorasi sana sini akan membawa anda ke Bukit Merah terletak berhampiran dengan Gunung Semanggol, Taiping, Kuala Kurau, negeri Perak, Malaysia. Sebuah empangan telah dibina di sini dan menenggelamkan sebahagian kawasan ini dan menjadi tasik air tawar yang luas. Sebahagiannya telah dimajukan menjadi Bukit Merah Lake Town Resort oleh Emkay Sdn Bhd.


Selain mempunyai Landskap yang menarik dan dikelilingi oleh panorama di kawasan seluas 7000 ekar, BMLR benar-benar membawa anda ke suatu destinasi yang menakjubkan. Bukit Merah Lake Town Resort sangat istimewa kerana ianya merupakan satu -satunya tasik Malaysia yang mempunyai landasan keretapi yang melintasi di tengahnya. Sangat unik dan mengagumkan. Di situ juga anda boleh melihat telatah Orang Utan di Pulau Orang Utan.


Bukan itu saja, anda juga boleh luangkan masa sehari suntuk di Taman Tema Air yang turut menjadi tarikan utama kepada pengunjung yang datang ke sini. Anda boleh mencuba permainan waterlift dan Skycycle yang menguji ketahanan fizikal dan mental selain menikmati leseluruhan pemandangan indah di sini.


Ada lagi tempat menarik yang anda boleh lawati iaitu Eco Park. Anda boleh berjalan sekitar kawasan tersebut sambil meninjau beberapa spesies haiwan yang hidup bebas di habitat yang disediakan oleh pihak pengurusan seperti rusa dawean, iguana yang kelihatan relax dan kool, burung jampuk, burung hantu, ikan ara pama, alligator garfish dan binturong yang hampir pupus.

Read Users' Comments (0)

0 Response to "Bukit Merah Lake Town Resort di Perak"

Post a Comment