Pulau Bidong, Terengganu


Jumaat, 09 Julai 2010 -12.30 tengah hari

Jika minggu lepas explorasi sana sini telah membawa anda mengelilingi Pulau Tioman, kali ini anda akan dibawa mengunjungi ke Pulau Bidong yang terletak di Negeri Terengganu. Pulau Bidong sememangnya kekal dalam ingatan rakyat Malaysia dan dunia sebagai tempat penempatan pelarian Vietnam sementara antara 1975 hingga 1990. Bayangkan ditempat ini pernah menempatkan hampir 60,000 orang dalam satu-satu masa. Mungkin kita tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan mereka waktu itu yang serba kekurangan dari segi makanan, ubat-ubatan dan macam-macam lagi.

Oleh sebab itulah pada masa dahulu pulau yang jarang dikunjungi oleh pelancong dianggap pulau larangan. Tetapi kini tidak lagi kerana bagi pencipta laut mereka lebih bijak memilih untuk menyelam atau snorkeling di sini kerana lautnya yang membiru serta spesies batu karang yang ada di dalamnya juga masih belum terusik. Inilah bezanya menyelam atau snorkeling di Pulau-Pulau yang lain.

Jika anda membawa kereta perjalanan ke Pulau Bidong dari Kuala Lumpur mengambil masa selama 5 hingga 6 jam untuk sampai ke Terengganu.Dari segi penginapan anda boleh bermalam di Sutra Beach Resort & Dive Terengganu. Pelbagai kemudahan yang turut disediakan.

Kepada pengunjung yang suka berenang bolehlah ke pantai mengharungi airnya yang biru sambil menikmati udara yang sejuk dan segar sambil melakukan aktiviti sukaneka ditepi pantai seperti bola sepak, bola tampar dan bola jaring. Selain itu, anda juga boleh menjalankan aktiviti snorkeling ataupun anda boleh berscuba untuk melihat ikan-ikan, tumbuhan laut dan batu karang. Memang menyeronokkan...

Selain itu anda juga boleh melihat tugu peringatan yang dibina oleh rakyat Vietnam sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia. Cukup Unik dengan seni bina dan ukiran tugu tersebut.


Read Users' Comments (0)

0 Response to "Pulau Bidong, Terengganu"

Post a Comment