Labuan



Jumaat, 05 Februari 2010- 12.30 tengah hari

Wilayah Persekutuan Labuan merupakan daerah wilayah persekutuan kedua Malaysia. Pantai labuan mempunyai keluasan 98km dan Pulau Labuan terletak 10 km dari Pantai sabah.Untuk ke sana mengambil masa dua jam setengah dengan menaiki kapal terbang, penerbangan dari Kuala Lumpur dan lima minit perjalanan dari bot ke Pulau Papan.

Tahukah anda, Pulau Labuan telah diistiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai pada tahun 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956. Di Labuan ini juga terdapat pelabuhan yang dalam dan besar. Para pelancong yang berkunjung ke sini sudah pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli belah barangan bebas cukai, menyelam mencari khazanah kapal ranap, bermain golf dan melawat Tugu Peringatan Perang Dunia II.

Tarikan lain yang terdapat di Labuan termasuklah Taman Burung Labuan dan dua buah kampung air. Beberapa tapak menyelam di sekitar Taman Marin Labuan serta empat kapal karam menyediakan aktiviti menyelam dan mencari khazanah dalam laut. Aktiviti yang sungguh menyeronokkan kepada pelancong yang datang ke sini.

Status Labuah sebagai pelabuhan bebas cukai dengan pelbagai hotel antarabangsa dan kemudahan telekomunikasi yang canggih menjadikannya lokasi unggul bagi mesyuarat, persidangan dan acara berupa program insentif.

Read Users' Comments (0)

Pulau Kapas



Jumaat, 29 Januari 2010 -12.30 tengah hari

Destinasi kunjungan pada minggu ini masih lagi di pulau-pulau popular yang terdapat di Malaysia. kali ini kita ke Pulau Kapas di Negeri Terengganu.
Pulau kapas merupakan pulau yang cantik dengan pantainya yang bersih putih dan mengagumkan. kalau diikutkan sejarah, Pulau Kapas berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh menghasilkan kain ataupun kapas berwarna putih.
Pulau ini juga terletak berdekatan dengan Pulau Gemia.

Pulau kapas ini biasanya dikunjungi oleh backpackers,penyelam laut dalam dan juga pasangan berbulan madu. Pulau ini juga turut menjadi pilihan pencinta scuba kerana keindahan dalam laut dengan spesis ikan,terumbu karang dan banyak lagi. Di pulau ini juga pernah terjadinya kejadian kapal-kapal karam. Lebih tepat pulau ini amat sesuai untuk mereka yang gemarkan keindahan pantai dan sukakan keindahan laut dalam.

Selain itu, aktiviti berjalan-jalan ditepian pantai dengan pasir yang putih dan air jernih bak kristal ataupun melakukan beberapa aktiviti pantai seperti berkayak, snorkeling dan sebagainya.

Perjalanan sejauh 5 kilometer dari daratan ke Pulau ini mengambil masa antara 15 minit hingga 20 minit menggunakan bot laju dari perkampungan nelayan yang terletak di Marang, Terengganu.

Tentang penginapan jangan risau,terdapat banyak pilihan sama ada chalet-chalet dan resort disekitar Pulau Kapas. Rugi rasanya ke Terengganu tetapi tidak berkunjung ke Pulau Kapas.

Pulau Redang


Jumaat, 22 Januari 2010-12.30 tengah hari


Destinasi kunjungan pada minggu ini, kita akan menjelajah ke Pulau Redang.
Pulau Redang terletak diperairan Laut China Selatan merupakan salah satu daripada sembilan buah pulau yang membentuk taman laut kepulauan Redang serta tapak pemuliharaan penyu yang penting, di Negeri Terengganu . Perairan disekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Pulau-pulau lain yang berhampiran termasuk Pulau Lang Tengah, Pulau Perhentian Besar, Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Bidong.

Pulau Redang adalah salah satu daripada pulau yang terbesar dan yang tercantik di pantai timur Malaysia. Pada masa kini, pulau ini menjadi sebuah pulau peranginan yang amat popular di kalangan orang Malaysia dan kebanyakan mereka yang berkunjung ke sini menggunakan pakej pelancongan. Antara lokasi lain yang menarik untuk dikunjungi di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, terdapat batu karang dan ikan hanya beberapa meter dari tepi pantai. Kemudahan yang disediakan di pulau ini seperti kegiatan snorkel "scuba diving" serta aktiviti air yang lain.

Disini juga anda boleh dapatkan pelbagai cenderahati tempatan dan asli dari Negeri Terengganu tanda kunjungan ke Pulau ini.

Untuk datang ke Pulau Redang, pengunjung boleh menggunakan bot -bot yang dikendalikan oleh syarikat-syarikat peranginan di sini melalui Merang atau Kuala Terengganu. Jaraknya dari jeti kampung Penarik ialah 30 kilometer nautika. Terdapat juga sebuah lapangan terbang kecil di pulau ini.

Kemudahan penginapan juga cukup mudah di pulau ini, dari kos yang paling mahal bertaraf antarabangsa hinggalah ke kos yang paling murah. kunjungilah Pulau Redang dan rasailah keindahan dan kecantikan di pulau ini.

Read Users' Comments (0)

Pulau Langkawi


Jumaat, 15 Januari 2010- 12.30 tengah hari

Destinasi untuk minggu ini, kita ke negeri Kedah. Berkunjung ke lokasi yang menjadi tumpuan ramai pengembara tempatan dan juga luar negara iaitu Pulau Langkawi.

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun di selatan Thailand, Pulau Payar, Pulau Pinang, Kuala Kedah, dan Kuala Perlis di tanah besar Semenanjung Malaysia. Kapal Star Cruises berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai di sebelah barat pulau ini.
Langkawi juga mempunyai lapangan terbang antarabangsa yang agak besar. Malaysia airlines, syarikat penerbangan nasional , mengendalikan penerbangan terus setiap hari ke Langkawi dari Kuala Lumpur. Selain itu, syarikat penerbangan murah AirAsia, Firefly(dari Kuala Lumpur) dan Silk Air (dari Singapura)turut mempunyai penerbangan ke Langkawi.

Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada di sini, dari pusat peranginan bertaraf dunia hinggalah ke chalet yang mampu dihuni dan kemudahan kos rendah bagi pelancong.

Kebanyakkan pelancong ke sini untuk mengalami dan melihat pantainya yang indah lagi mempesona, pusat peranginannya yang hebat dan aktiviti berasaskan alam semulajadi yang menyegarkan. Pantainya yang terbaik termasuk Pantai Cenang, Teluk Burau, Pantai Kok dan Pantai Datai.

Lokasi lain yang menjadi kunjungan orang ramai iaitu di kedai bebas cukai yang menawarkan pelbagai barangan yang menarik. Rangkaian kedai di pekan kuah dan lapangan terbang antarabangsa Langkawi menawarkan pengalaman membeli belah yang terbaik.

Sebagai alternatif, terokailah hutan hijau tropika atau sertai cabaran melalui kanopi hutan tropika yang begitu mengujakan. satu pengalaman yang tak mungkin dilupakan seumur hidup. Para pelancong boleh berjalan kaki ke Telaga tujuh dan berenang di dalam kolam.

Sekiranya berkunjung ke Langkawi jangan lupa naik kereta kabel ke puncak Gunung Mat Cincang setinggi 700m untuk menikmati panorama hebat kepulauan ini termasuklah pemandangan negara jiran Thailand.

Read Users' Comments (1)comments

Taman Negara Malaysia- Pahang



08 Januari 2010 -Jumaat 12.30 tengahari


Tahukah anda, Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi,Gua telinga, dan lata Berkoh . Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.


Untuk masuk ke Taman Negara anda boleh menggunakan perkhidmatan keretapi melalui Kuala Tembeling yang dihubungkan dengan Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Bharu (melalui Tumpat) . Keretapi dari stesen-stesen tersebut berhenti di Tembeling Halt, kira-kira setengah jam perjalanan dari jeti Kuala Tembeling dengan menaiki kereta.


Jika anda memandu kenderaan pacuan empat roda, anda boleh menggunakan jalan pembalakan hingga ke Kuala Tahan di mana anda perlu menaiki bot merentas Sungai Tahan untuk memasuki Taman Negara.

Read Users' Comments (0)